August 27, 2014

Rindunya pada masa yang telah berlalu....!

2014... umurku dah mencecah 48 tahun.
Rindunya aku pada hari-hari semalam.
Seakan masih terbayang lambaian tangan anak-anakku ketika aku meninggalkan rumah untuk ketempat kerja.Ketika balik pula,terdengar-dengar suara mereka menjerit kegembiraan menyambut kepulanganku.
Semasa tinggal dan bekerja di Pasir Gudang,Johor,sekitar 1991-1992 aku baru memiliki seorang anak.
Anak sulung ku itu dilahirkan tahun 1991.Setiap petang,selepas balik dari kilang,pastinya aku mendukung anakku itu,berjalan-berjalan ditaman mainan di Taman Air Biru.Ketika itu,anakku masih belum pandai berjalan,hanya berpegang-pegang ke dinding untuk bergerak.Aku masih ingat pada suatu hari,aku di Taman mainan.Ramai anak-anak lain yang bermain disitu.Apabila melihat aku mendukung anakku,ada yang terpegun,dan mengatakan wajah aku dan wajah anakku itu serupa!Budak-budak...jadi tak aku hiraukan.

1992,aku berpindah ke Pahang.Selang beberapa bulan,anak sulungku dah boleh berjalan.Setiap kali dapat gaji,pasti akan ku belikan mainan.Daripada mainan kenderaan,hampir lengkap seluruh kenderaan aku beli,dari motorsikal mainan,kereta,lori hinggalah ke helikopter,kapalterbang semuanya aku belikan.Habis kenderaan,barangan sukan pulak aku belikan.Macam-macam ada!Hingga kini,kebanyakan mainan anak sulungku itu masih tersimpan baik.Ketika di Pahang,aku bekerja di kilang,dan permulaannya aku berulang ketempat kerja dengan van kilang,selepas itu aku belikan pula motorsikal untuk mudah aku berulang alik.
Adakalanya siang hari,aku tinggalkan isteri dan anakku itu dirumah toknya.Masih aku ingat ketika pulang waktu petang,walaupun masih jauh untuk sampai kerumah,tapi anakku dah berlari-lari kearah motosikalku.Walau pun masih jauh,tapi itulah istimewanya anak-anak,dikenal nya bunyi enjin motosikalku.

Hai...rindunya aku pada saat-saat itu......
Kini anak sulungku dah berumur 23 tahun.
Walaupun dah dewasa,dan mungkin dia belum memahami hati seorang ayah,tapi...
......aku masih terlalu menyayanginya seperti dulu....!!!

August 12, 2014

Tercapai juga impianmu.....


Ahad,3hb Ogos 2014,bersamaan 7 Syawal 1435, anak kedua ku berangkat ke Yaman.
Perjalanan yang memakan masa  panjang sehingga 13 jam,yang memungkinkan juga aku tak dapat menatap wajahnya dalam masa yang terlampau panjang,mungkin menjangkau 7 hingga 8 tahun.

Kalau diikut kan hati yang amat menyayangi anak-anak,memang sukar untuk aku terima kenyataan ini,tapi mengingatkan tugas aku sebagai "pemegang amanah Allah", untuk anak-anak,aku relakan pemergiannya dengan doa muga ia akan mencapai cita-citanya untuk menjadi orang yang "Alim"!

Saat-saat akhir melihat pemergiannya,memang sayu dan syahdu,tak dapat aku menahan rasa sedih.Pelukan erat tanpa mampu mengucapkan kata-kata semangat buatnya.Mulutku tak mampu melawan kesedihan di hati,tak mampu meluahkan walau sepatah perkataan pun.....

Doaku sentiasa mengiringinya...muga dipelihara Allah kesihatannya,keselamatannya;dan muga dipermudahkan segala urusannya.Dan akhirnya,muga tercapai impiannya....!

July 17, 2014

Boleh Raya ke tahun ni....???


Hari Raya dah semakin hampir.Lebih kurang 10 hari je lagi.
Kadang-kadang pening jugak memikirkan persiapan untuk hari raya.
Keadaan ekonomi aku 2-3 tahun ni memang agak tenat,tambah-tambah pulak masuk 2014 ni,makin bertambah-tambah nazak!
Kalau sebelum ni,walaupun langsung tak dapat menyimpan,tapi dapatlah jugak menampung keperluan2 harian.Tapi tahun ini,dapat je komisen,terus habis,sedangkan banyak lagi keperluan yang tak dipenuhi.

Sesekali memang sedih dan kesal kerana tak dapat memenuhi keperluan keluarga,apatah lagi anak-anak.Untuk anak-anak,memang kalau boleh segala yang dihajati ,ingin aku penuhi.Aku bekerja selama ini pun memanglah untuk anak-anak.Cuma,Alhamdulillah,anak-anak aku semuanya dah besar,dan semuanya memahami keadaan aku.Ye lah,sejak dari kecil  mereka dah melihat aku memerah keringat mencari rezki untuk keluarga.Pagi kepejabat bekerja makan gaji,petang pulak bukak van,meniaga pasar malam dan kadang2 di program ceramah.Keluar pukul 7pg,tengah-tengah malam baru balik rumah,Sabtu,Ahad dan cuti pun sentiasa bekerja.Anak-anak pula,setakat ni,semuanya ada background agama,jadi memanglah semuanya tu tak pernah meninggi suara,tak pernah menampakkan rasa tak puas hati depan mata ayahnya ini.Alhamdulillah.

Nikmat anak-anak yang soleh itulah yang sering memujuk hati kecil ini agar sentiasa bersyukur dengan dugaan Tuhan.Walaupun rezki wang ringgit dan harta benda tiada pada aku,tapi aku dikurniakan nikmat dan kekayaan lain yang jauh lebih besar nilainya!!

Alhamdulillah...tetap aku bersyukur pada mu Ya Rabbi!!

July 10, 2014

Cahayamata yang membanggakan ayahanda!

Agak lama juga tak berkunjung ke blog sendiri ini....

Memikirkan anak-anak.Walaupun cuma sekadar 3 orang,tapi Alhamdulillah,ketiga-tiganya memang menyejukkan hati aku.
Anakku yang sulung,kini dah berusia 23 tahun.Memang kena dengan kedudukannya sebagai anak sulung,sifatnya agak serius dan tegas.Baru saja menghabiskan pengajian di tahap Ijazah dan kini menunggu untuk melanjutkan ke peringkat Master bulan september nanti.Walaupun belajar di bidang Sains Politik,tapi ada inisiatif untuk belajar dengan Habib-habib dari negara-negara arab,seperti Yaman.Dan kini sementara tidak bekerja,anakku itu mengajar kuliah-kuliah agama di masjid dan surau sekitar kuantan.Dah bertaraf ustaz dah anak sulungku ini....

Anak kedua pula,memasuki usia 19 tahun.Dah bergelar AlTahfiz.Menghabiskan hafazan AlQuran 30 juz di Kedah.Kini menunggu hari untuk menuntut ilmu agama di Yaman.Katanya dia nak belajar di sana selama 8 tahun!InsyaALLAH terbang kesana seminggu selepas Hari Raya AidilFitri tahun ini.Tak lama dah...tak sampai sebulan pun lagi!Buat masa ini,anak keduaku ini,menjadi imam tarawih di surau berdekatan,dan disamping itu sering juga menjadi imam 5 waktu di masjid.
Aku yang sering menjadi makmumnya memang syahdu dan sayu mendengar suara yang merdu dan alunan ayat-ayat quran yang dialunkannya.Kadang-kadang ada juga sesekali aku menegur supaya membaca ayat-ayat yang lebih panjang...tak puas telingaku mendengar alunan bacaannya.

Anak ketiga dan bongsu pula,baru berusia 18 tahun.Kini baru melanjutkan pelajaran dalam Diploma Quran (Tahfiz) di Maahad Tahfiz Negeri Pahang selama 3 tahun.Sebelum ini pun dia dah pun hafaz 6 juz Quran dan sering menjadi imam di masjid,disamping sering menjadi johan Pertandingan Hafazan di sekolahnya.

Selainnya,anak yang bongsu dan tengah pula sangat rapat hubungannya.Gembira aku melihatkan keakraban mereka berdua.Keluar pun bersama,kemana-mana pun bersama.Sebulan lagi ,berpisahlah sementara.Demi untuk mencari ilmu akhirat.

Muga ketiga-tiga anakku ini akan terus menjadi anak yang soleh,berguna kepada insan lain dan teguh berpegang kepada ajaran islam.Itulah doa yang tak pernah lupa aku mohon.Muga mereka juga menjadi orang yang sentiasa berpegang kepada AlQuran,memperjuangkan quran dan agama Islam.

Untuk aku,...tiada apa yang aku harapkan.Hanya kejayaan yang aku harapkan menjadi milik mereka.


February 5, 2014

Buah Tasbih......Bagaimana Pengakhiran Kita...?


Teringat kuliah agama oleh seorang ustaz di masjid kampungku lepas Maghrib semalam.

".....Seorang ayah yang sedang nazak dikelilingi oleh seluruh ahli keluarganya,termasuk anak-anak dan isteri.Kelihatannya si ayah meminta-minta sesuatu ,tapi tidak difahami oleh semua yang hadir.Hinggalah salah seorang anak yang berusaha, dan mendengar dengan begitu teliti setiap butir yang keluar dari mulut ayahnya.Kata anak itu,"ayah minta dibawakan buah untuknya".
Sibuk lah sekalian anak dan waris keluar dan mencarikan buah-buahan yang dulunya sangat di gemari oleh si ayah.Bermacam-macam jenis buah-buahan yang dibawa.Daripada anggur,epal,kurma dan bermacam-macam lagi.Bila diletakkan disisi ayah mereka....tiada response dari si ayah!
Risaulah semua anak-anak yang hadir,mungkin kah si ayah terlalu inginkan buah kesukaannya,tapi tiada yang membawanya.Masing-masing sibuk bertanya sesama-sendiri,masih adakah lagi buah kegemaran ayah yang tidak dibawa? Hendak bertanya,si ayah terlalu lemah untuk berkata-kata mahupun mengisyaratkan sebarang tanda.

Hinggalah tiba seorang ahli sufi yang datang untuk menziarahi si ayah.Di dekatinya si ayah itu,dan si ayah hanya mengisyaratkan jari-jarinya sambil mulutnya bergerak dengan kata-kata yang lemah dan sukar difahami.Akhirnya si sufi memanggil anak yang sulung,dan menyuruhnya mencarikan "buah tasbih" yang sering digunakan oleh si ayah semasa sihatnya.Buah tasbih itu berada dirumah itu juga.Apabila saja dibawa buah tasbih itu,dan diletakkan dicelah jari-jari si ayah,MasyaALLAH terus bergerak jari-jari itu.Terus bergerak jari-jemari dan begitu juga mulut si ayah yang sedang nazak itu.Berzikir bagaikan orang yang sedang sihat wal'afiat.Dalam beberapa ketika sahaja....pergilah si ayah menemui Tuhannya; dalam keadaan berzikir....; rupanya begitulah amalan si ayah sejak sekian lama....berzikir,berzikir dan sentiasa mengingati Tuhannya setiap waktu dan ketika!"

Pesanan ustaz,apa yang sering kita amalkan,apa yang sering kita lakukan,itulah yang akan Allah tunjukkan di akhir hayat kita.
Apakah agaknya yang amat sering kita lakukan ketika ini,berzikir ?  membaca Quran? atau menyabung ayam....mengumpat?Mahu kah kita,Tuhan ulang-ulangkan keburukan yang kita lakukan; diwaktu kita sedang nazak,dengan di saksikan oleh anak-anak dan saudara mara di sekeliling kita?

February 1, 2014

Typewritter Olivetti Lettera


Teringat semula kenangan semasa menuntut di ITM Shah Alam (kini UiTM).Kenangan bersama ayah yang dah lama pergi...
Tahun itu,aku ditawarkan melanjutkan pelajaran di Shah Alam.Sebagai anak kampung yang jarang2 berjauhan dengan keluarga,dan apatah lagi untuk tinggal di bandar yang terlalu jauh dari kampung,memang lah menjadi suatu cabaran baru yang memedihkan,apatah lagi dengan sifat ku yang pendiam.

Ayahku hanya bekerja sebagai buruh,dan memang tidak mampu untuk memiliki kereta.Jadi,tidak seperti pelajar2 lain,yang dihantar dengan kereta oleh keluarga masing-masing,aku hanya menaiki bas express dengan ayahku.Teringat lagi,susah payahnya ayah menggalas beg besar di bahunya.
Petangnya,selesai mendaftar,mungkin kerana kurang budget,dan juga tak mahu menyusahkan saudara mara,ayah menumpang tidur di bilik asramaku.Itu pun sebenarnya tidak dibenarkan oleh pihak asrama.
Waktu itu,memang aku tak terasa apa2,tapi setelah beberapa tahun berlalu,makin aku ingat,makin aku sedar betapa besar pengorbanan ayahku itu.Walaupun dia agak pendiam, dan kurang bercakap dengan anak-anak,tapi kami tahu betapa sayangnya dia pada anak-anaknya.

Sepanjang pengajian di Shah Alam,aku belajar menaip dengan seorang rakan.Waktu itu,komputer belum digunakan dengan meluas.Hasilnya,aku menjadi jurutaip yang laju dan mahir,malah mampu mengalahkan rakanku tadi.Dan sesekali dengan menggunakan mesin taip rakanku itu,aku menyiapkan kertas2 assignment untuk aku dan juga kadang2 menolong rakan2 lain.
Sewaktu pulang bercuti di kampung,aku pernah menyuarakan hasrat untuk memiliki typewriter sendiri,tapi aku tidak lah terlalu mengharap.Aku pun tahu,ayah bukanlah mampu sangat untuk menunaikan hajat ku itu dengan gajinya yang tak seberapa.
Suatu pagi,awal2 lagi ayah dah keluar ke bandar dengan motor cubnya.Waktu pulang tengahari nya,aku lihat ayah memegang sebungkus plastik hitam yang isinya agak berat.
Rupanya dalam diam-diam,ayahku membelikan aku typewritter Olivetti Lettera (masih aku ingat modelnya).Gembiranya aku waktu itu.Dapatlah aku menggunakannya untuk menyelesaikan assignment2;sambil sesekali aku gunakan juga untuk mengambil upah menaip assignment pelajar2 lain.

Kini,sudah berpuluh tahun kisah itu berlalu,dan ayahku pun dah lebih sepuluh tahun meninggalkan kami.
Setiap kali teringat kisah itu,bukanlah gembira yang dirasakan,tapi sayu menyentap hati...

.....Mampu kah aku menjadi ayah yang begitu terhadap anak-anak aku?

January 28, 2014

Apabila Azan dilaungkan,semuanya adalah kecil kecuali ALLAH!



Dalam satu riwayat dinyatakan seorang Sahabat sedang bekerja.Beliau menyiapkan dinding yang terdiri daripada susunan batu-bata.Pada masa azan dilaungkan,kerjanya sudah hampir selesai,iaitu hanya tinggal meletakkan sebutir bata sahaja lagi.Apabila ketulan terakhir itu diletakkan ditempatnya,maka sempurnalah kerjanya.Namun,tatkala mendengan azan dilaungkan,serta merta Sahabat tersebut menghentikan kerjanya dan terus menuju ke tempat solat.

Apabila beliau ditanya mengapa tidak meneruskan sahaja kerjanya tadi,walhal hanya tinggal meletakkan seketul batu bata sahaja lagi untuk menyelesaikan kerjanya itu.Beliau menjawab,bahawa jika beliau menerus
kan kerjanya,sebenarnya beliau membesarkan batu-bata dan bukan membesarkan Allah!

Padanya apabila azan dilaungkan,semuanya adalah kecil,kecuali Allah!