February 1, 2014

Typewritter Olivetti Lettera


Teringat semula kenangan semasa menuntut di ITM Shah Alam (kini UiTM).Kenangan bersama ayah yang dah lama pergi...
Tahun itu,aku ditawarkan melanjutkan pelajaran di Shah Alam.Sebagai anak kampung yang jarang2 berjauhan dengan keluarga,dan apatah lagi untuk tinggal di bandar yang terlalu jauh dari kampung,memang lah menjadi suatu cabaran baru yang memedihkan,apatah lagi dengan sifat ku yang pendiam.

Ayahku hanya bekerja sebagai buruh,dan memang tidak mampu untuk memiliki kereta.Jadi,tidak seperti pelajar2 lain,yang dihantar dengan kereta oleh keluarga masing-masing,aku hanya menaiki bas express dengan ayahku.Teringat lagi,susah payahnya ayah menggalas beg besar di bahunya.
Petangnya,selesai mendaftar,mungkin kerana kurang budget,dan juga tak mahu menyusahkan saudara mara,ayah menumpang tidur di bilik asramaku.Itu pun sebenarnya tidak dibenarkan oleh pihak asrama.
Waktu itu,memang aku tak terasa apa2,tapi setelah beberapa tahun berlalu,makin aku ingat,makin aku sedar betapa besar pengorbanan ayahku itu.Walaupun dia agak pendiam, dan kurang bercakap dengan anak-anak,tapi kami tahu betapa sayangnya dia pada anak-anaknya.

Sepanjang pengajian di Shah Alam,aku belajar menaip dengan seorang rakan.Waktu itu,komputer belum digunakan dengan meluas.Hasilnya,aku menjadi jurutaip yang laju dan mahir,malah mampu mengalahkan rakanku tadi.Dan sesekali dengan menggunakan mesin taip rakanku itu,aku menyiapkan kertas2 assignment untuk aku dan juga kadang2 menolong rakan2 lain.
Sewaktu pulang bercuti di kampung,aku pernah menyuarakan hasrat untuk memiliki typewriter sendiri,tapi aku tidak lah terlalu mengharap.Aku pun tahu,ayah bukanlah mampu sangat untuk menunaikan hajat ku itu dengan gajinya yang tak seberapa.
Suatu pagi,awal2 lagi ayah dah keluar ke bandar dengan motor cubnya.Waktu pulang tengahari nya,aku lihat ayah memegang sebungkus plastik hitam yang isinya agak berat.
Rupanya dalam diam-diam,ayahku membelikan aku typewritter Olivetti Lettera (masih aku ingat modelnya).Gembiranya aku waktu itu.Dapatlah aku menggunakannya untuk menyelesaikan assignment2;sambil sesekali aku gunakan juga untuk mengambil upah menaip assignment pelajar2 lain.

Kini,sudah berpuluh tahun kisah itu berlalu,dan ayahku pun dah lebih sepuluh tahun meninggalkan kami.
Setiap kali teringat kisah itu,bukanlah gembira yang dirasakan,tapi sayu menyentap hati...

.....Mampu kah aku menjadi ayah yang begitu terhadap anak-anak aku?

No comments:

Post a Comment