August 27, 2014

Rindunya pada masa yang telah berlalu....!

2014... umurku dah mencecah 48 tahun.
Rindunya aku pada hari-hari semalam.
Seakan masih terbayang lambaian tangan anak-anakku ketika aku meninggalkan rumah untuk ketempat kerja.Ketika balik pula,terdengar-dengar suara mereka menjerit kegembiraan menyambut kepulanganku.
Semasa tinggal dan bekerja di Pasir Gudang,Johor,sekitar 1991-1992 aku baru memiliki seorang anak.
Anak sulung ku itu dilahirkan tahun 1991.Setiap petang,selepas balik dari kilang,pastinya aku mendukung anakku itu,berjalan-berjalan ditaman mainan di Taman Air Biru.Ketika itu,anakku masih belum pandai berjalan,hanya berpegang-pegang ke dinding untuk bergerak.Aku masih ingat pada suatu hari,aku di Taman mainan.Ramai anak-anak lain yang bermain disitu.Apabila melihat aku mendukung anakku,ada yang terpegun,dan mengatakan wajah aku dan wajah anakku itu serupa!Budak-budak...jadi tak aku hiraukan.

1992,aku berpindah ke Pahang.Selang beberapa bulan,anak sulungku dah boleh berjalan.Setiap kali dapat gaji,pasti akan ku belikan mainan.Daripada mainan kenderaan,hampir lengkap seluruh kenderaan aku beli,dari motorsikal mainan,kereta,lori hinggalah ke helikopter,kapalterbang semuanya aku belikan.Habis kenderaan,barangan sukan pulak aku belikan.Macam-macam ada!Hingga kini,kebanyakan mainan anak sulungku itu masih tersimpan baik.Ketika di Pahang,aku bekerja di kilang,dan permulaannya aku berulang ketempat kerja dengan van kilang,selepas itu aku belikan pula motorsikal untuk mudah aku berulang alik.
Adakalanya siang hari,aku tinggalkan isteri dan anakku itu dirumah toknya.Masih aku ingat ketika pulang waktu petang,walaupun masih jauh untuk sampai kerumah,tapi anakku dah berlari-lari kearah motosikalku.Walau pun masih jauh,tapi itulah istimewanya anak-anak,dikenal nya bunyi enjin motosikalku.

Hai...rindunya aku pada saat-saat itu......
Kini anak sulungku dah berumur 23 tahun.
Walaupun dah dewasa,dan mungkin dia belum memahami hati seorang ayah,tapi...
......aku masih terlalu menyayanginya seperti dulu....!!!

No comments:

Post a Comment