July 17, 2014

Boleh Raya ke tahun ni....???


Hari Raya dah semakin hampir.Lebih kurang 10 hari je lagi.
Kadang-kadang pening jugak memikirkan persiapan untuk hari raya.
Keadaan ekonomi aku 2-3 tahun ni memang agak tenat,tambah-tambah pulak masuk 2014 ni,makin bertambah-tambah nazak!
Kalau sebelum ni,walaupun langsung tak dapat menyimpan,tapi dapatlah jugak menampung keperluan2 harian.Tapi tahun ini,dapat je komisen,terus habis,sedangkan banyak lagi keperluan yang tak dipenuhi.

Sesekali memang sedih dan kesal kerana tak dapat memenuhi keperluan keluarga,apatah lagi anak-anak.Untuk anak-anak,memang kalau boleh segala yang dihajati ,ingin aku penuhi.Aku bekerja selama ini pun memanglah untuk anak-anak.Cuma,Alhamdulillah,anak-anak aku semuanya dah besar,dan semuanya memahami keadaan aku.Ye lah,sejak dari kecil  mereka dah melihat aku memerah keringat mencari rezki untuk keluarga.Pagi kepejabat bekerja makan gaji,petang pulak bukak van,meniaga pasar malam dan kadang2 di program ceramah.Keluar pukul 7pg,tengah-tengah malam baru balik rumah,Sabtu,Ahad dan cuti pun sentiasa bekerja.Anak-anak pula,setakat ni,semuanya ada background agama,jadi memanglah semuanya tu tak pernah meninggi suara,tak pernah menampakkan rasa tak puas hati depan mata ayahnya ini.Alhamdulillah.

Nikmat anak-anak yang soleh itulah yang sering memujuk hati kecil ini agar sentiasa bersyukur dengan dugaan Tuhan.Walaupun rezki wang ringgit dan harta benda tiada pada aku,tapi aku dikurniakan nikmat dan kekayaan lain yang jauh lebih besar nilainya!!

Alhamdulillah...tetap aku bersyukur pada mu Ya Rabbi!!

July 10, 2014

Cahayamata yang membanggakan ayahanda!

Agak lama juga tak berkunjung ke blog sendiri ini....

Memikirkan anak-anak.Walaupun cuma sekadar 3 orang,tapi Alhamdulillah,ketiga-tiganya memang menyejukkan hati aku.
Anakku yang sulung,kini dah berusia 23 tahun.Memang kena dengan kedudukannya sebagai anak sulung,sifatnya agak serius dan tegas.Baru saja menghabiskan pengajian di tahap Ijazah dan kini menunggu untuk melanjutkan ke peringkat Master bulan september nanti.Walaupun belajar di bidang Sains Politik,tapi ada inisiatif untuk belajar dengan Habib-habib dari negara-negara arab,seperti Yaman.Dan kini sementara tidak bekerja,anakku itu mengajar kuliah-kuliah agama di masjid dan surau sekitar kuantan.Dah bertaraf ustaz dah anak sulungku ini....

Anak kedua pula,memasuki usia 19 tahun.Dah bergelar AlTahfiz.Menghabiskan hafazan AlQuran 30 juz di Kedah.Kini menunggu hari untuk menuntut ilmu agama di Yaman.Katanya dia nak belajar di sana selama 8 tahun!InsyaALLAH terbang kesana seminggu selepas Hari Raya AidilFitri tahun ini.Tak lama dah...tak sampai sebulan pun lagi!Buat masa ini,anak keduaku ini,menjadi imam tarawih di surau berdekatan,dan disamping itu sering juga menjadi imam 5 waktu di masjid.
Aku yang sering menjadi makmumnya memang syahdu dan sayu mendengar suara yang merdu dan alunan ayat-ayat quran yang dialunkannya.Kadang-kadang ada juga sesekali aku menegur supaya membaca ayat-ayat yang lebih panjang...tak puas telingaku mendengar alunan bacaannya.

Anak ketiga dan bongsu pula,baru berusia 18 tahun.Kini baru melanjutkan pelajaran dalam Diploma Quran (Tahfiz) di Maahad Tahfiz Negeri Pahang selama 3 tahun.Sebelum ini pun dia dah pun hafaz 6 juz Quran dan sering menjadi imam di masjid,disamping sering menjadi johan Pertandingan Hafazan di sekolahnya.

Selainnya,anak yang bongsu dan tengah pula sangat rapat hubungannya.Gembira aku melihatkan keakraban mereka berdua.Keluar pun bersama,kemana-mana pun bersama.Sebulan lagi ,berpisahlah sementara.Demi untuk mencari ilmu akhirat.

Muga ketiga-tiga anakku ini akan terus menjadi anak yang soleh,berguna kepada insan lain dan teguh berpegang kepada ajaran islam.Itulah doa yang tak pernah lupa aku mohon.Muga mereka juga menjadi orang yang sentiasa berpegang kepada AlQuran,memperjuangkan quran dan agama Islam.

Untuk aku,...tiada apa yang aku harapkan.Hanya kejayaan yang aku harapkan menjadi milik mereka.