January 28, 2014

Apabila Azan dilaungkan,semuanya adalah kecil kecuali ALLAH!



Dalam satu riwayat dinyatakan seorang Sahabat sedang bekerja.Beliau menyiapkan dinding yang terdiri daripada susunan batu-bata.Pada masa azan dilaungkan,kerjanya sudah hampir selesai,iaitu hanya tinggal meletakkan sebutir bata sahaja lagi.Apabila ketulan terakhir itu diletakkan ditempatnya,maka sempurnalah kerjanya.Namun,tatkala mendengan azan dilaungkan,serta merta Sahabat tersebut menghentikan kerjanya dan terus menuju ke tempat solat.

Apabila beliau ditanya mengapa tidak meneruskan sahaja kerjanya tadi,walhal hanya tinggal meletakkan seketul batu bata sahaja lagi untuk menyelesaikan kerjanya itu.Beliau menjawab,bahawa jika beliau menerus
kan kerjanya,sebenarnya beliau membesarkan batu-bata dan bukan membesarkan Allah!

Padanya apabila azan dilaungkan,semuanya adalah kecil,kecuali Allah!

January 27, 2014

Sekotak Pensil Warna LUNA

Sejak kecil,aku memang berminat dengan bidang seni.Antaranya aku sering membacakan sajak2 semasa di sekolah rendah,sering menulis cerpen untuk majalah sekolah,dan juga amat gemar melukis.
Pernah dapat hadiah pertandingan melukis,hasil lukisan ku juga pernah diabadikan pada t-shirt.Hasil lukisanku juga sering ditampal disudut pameran lukisan selain pernah melukis didinding sekolah sebagai hiasan.
Ketika kanak-kanak,aku tinggal di sebuah bandar kecil di selatan negeri Pahang.Tinggal bersama ibu dan adik-beradik.Ayah(aruah) pula bekerja di Kuantan sebagai buruh.Biasanya ayah cuma balik seminggu atau dua minggu sekali.
Masih aku ingat,setiap kali nampak kelibat ayah di jalan besar,kami adik-beradik akan berlari2 menyambutnya.
Ada suatu ketika,ketika ayah balik,aku menunjukkan hasil lukisan aku di sekolah.Gambar seekor burung bertenggek di dahan pokok.Kedua mak dan ayah memuji hasil lukisanku itu.
Esoknya sebelum balik menyambung kerja di Kuantan,ayah memberikan sedikit wang untuk aku tanpa pengetahuan emak.Aku pun terus pergi ke kedai runcit,dan dengan sedikit duit yang diberi oleh ayah tadi,aku membelikan sekotak pensil warna LUNA.Suka dan gembiranya hati ini dapat memiliki sekotak pensil warna baru tak dapat nak di gambarkan.
Tapi rupanya,sekotak pensil warna yang sudah berada di tanganku; rupanya belum lagi menjadi milikku.
Petangnya,setelah mak dapat tahu hal itu,terus diheretnya aku bersama2 pensil warna itu kekedai runcit tadi,dan memulangkan kembali pensil warna itu.Sudah pasti,...menangislah aku!

Walaupun masa itu aku masih kecil,tapi sedikit pun tak terdetik rasa marah kepada mak aku ketika itu.
Kesempitan hidup membuatkan ia terpaksa memulangkan pensil warna itu.Walau pun nilainya mungkin seringgit dua,tapi kehidupan kami masa itu terlalu sukar.

Aku masih ingat apa yang pernah berlaku sebelum itu.Dibandar kecil tempat tinggalku itu pernah diadakan suatu pesta hiburan.Ketika itu,mungkin untuk mendapatkan sedikit rezeki,mak pun bertungkus lumus
membuat kuih untuk dijual pada malam pesta hiburan itu.Malam itu,kami beberapa beradik,bersama emak,pergi lah ke pesta dan membawa sebakul kuih untuk dijual.
Sampai disana,mak pun meletakkan kuih yang dibawa disuatu gerai yang emak kenal tuannya,mungkin saudara mara jugak.Kami pun balik.
Tengah malam itu,aku dan mak pergi semula kegerai tersebut untuk mengambil hasil jualan kuih tadi.
Sedihnya hati bila tak ada langsung kuih yang terjual.Rupanya tuan gerai itu meletakkan kuih mak tadi
di bawah meja.Alasannya,kalau kuih yang diatas meja dah habis,baru boleh dijual kuih yang mak buat.
Walau pun peristiwa tu dah berpuluh tahun berlalu,namun aku tetap mengingatinya sampai kini.Mungkin mak sendiri pun dah lupa,tapi buat aku....itulah antara beberapa kisah aku yang masih aku kenang sampai ke hari ini!

January 26, 2014

Rezeki Lebih Tahu "Alamat" Tuannya

26-Jan-2014 - masih belum selesai menghabiskan buku "Mudahnya Menjemput Rezeki".Hobi yang dah lama ditinggalkan,walau bahan bacaan masih selalu dibeli,dan sentiasa dibawa didalam kereta mahupun pejabat.

Antara isi yang sempat di baca pagi ini:

"Pada satu hari saya dijemput menghadiri suatu jamuan.Oleh kerana ada janji temu sebelumnya,saya terpaksa menolak jemputan itu.Namun,apabila pulang ke rumah terdapat sebungkus makanan di atas meja.
Dikhabarkan ia dihantar oleh orang yang menjemput tadi.Apa lagi yang mahu saya katakan?
Begitulah,apabila sudah rezeki,memang akan tiba juga.Tidak terkurang sedikit pun.Tidak terlewat atau lebih cepat walau sesaat.Jelasnya,tiada yang namanya kebetulan.Semuanya berlaku atas izin Allah."


Nampaknya,kena habiskan buku ini secepat mungkin,tanpa meninggalkan sedikit pun manfaat yang ada padanya.Banyak lagi buku-buku lain yang sedang menanti.......bermakna banyak juga manfaat yang
akan diperolehi nanti.....!





January 24, 2014

ORANG BERIMAN YAKIN REZEKI ITU DARIPADA ALLAH SEDANG ORANG TIDAK BERIMAN YAKIN REZEKI ITU DARIPADA USAHANYA..


Orang yang faham akan berkata,"Kita perlu bekerja kerana Allah menyuruh kita bekerja,tetapi yang
memberi rezeki itu Allah"

Manakala orang yang tidak faham pula berkata,"Yang memberi rezeki itu Allah,tetapi jika tidak bekerja mana ada rezeki"


Sumber- "Mudahnya Menjemput Rezeki"